Rasa waswas nak makan nasi lemak sebab balut dengan surat khabar cina, lepas ‘owner’ jelas terus minta maaf

Oleh KIM SYAZIE

Siapa menyangka balutan nasi lemak itu mampu menyebabkan pembeli lari walhal yang membuat dan menjual adalah orang Islam.

Seorang pengguna media sosial meninggalkan komen kepada penjual nasi lemak selepas merasa waswas kerana balutan nasi lemaknya.

“Kenapa guna surat khabar cina bungkus nasi lemak tu, macam waswas je,” ujar komen tersebut.

Tidak mahu salah faham berpanjangan, pemilik hantaran, Linda Mokhtar membalas komen dengan memaklumkan hal sebenar.

“Minta maaf ya sebab adik saya sekolah cina jadinya untuk bagi dia rajin membaca jadi kami belikan surat khabar bahasa cina. Boleh tambah ilmu bahasa,” ujar pemilik di Facebook.

Rata-rata warganet turut keliru mengapa lelaki tersebut merasa waswas walhal isunya hanya pembalut makanan.

“Kenapa nak waswas? Surat khabar tu dibuat daripada kulit babi ke? Ayoo,” komen pengguna Facebook.

“Kau makan nasi lemak ke makan surat khabar? Tapi idea ini bagus lepas ini boleh tanya orang nak balut guna bahasa apa,” tambah pengguna lain.

Baca juga: Panik pengantin lelaki bila wanita berpurdah peluk erat, sekali rupanya member sendiri