“Reformasi belum mati!”, kenyataan Shafee bukti kerajaan tak terlibat dalam isu pengampunan Najib

Oleh WAN SITI AMINAH

Tindakan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mendedahkan keputusan Lembaga Pengampunan mengenai hukuman anak guamnya sedikit sebanyak telah melegakan kerisauan rakyat.

Hal ini kerana pendedahan tersebut sekaligus membuktikan bahawa kerajaan yang kini berada di tampuk pemerintahan tidak terlibat dengan pengurangan hukuman penjara bekas perdana menteri tersebut.

“Reformasi masih belum mati!,” berikut adalah komen yang ditinggalkan oleh rata-rata pengguna platform X sejurus selepas rakaman pendedahan dibuat Shafee itu tular di pelbagai platform media sosial.

Antara komen yang ditinggalkan pengguna platform X.

Sebelum ini, kerajaan dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran kritikan dan kecaman selepas keputusan pengurangan hukuman Najib diumumkan.

Anwar bagaimanapun menggesa agar keputusan itu dihormati kerana ia bukan sahaja dibuat berlandaskan undang-undang, malah atas belas ihsan Yang di-Pertuan Agong.

Shafee semalam tampil membacakan satu surat yang mempunyai cap mohor Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di mana ia mendedahkan Lembaga Pengampunan tidak menasihati YDPA untuk mengurangkan hukuman Datuk Seri Najib Razak.

Baca Artikel Penuh