Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan pembelian baju raya secara dalam talian apabila penjual didakwa gagal menghantar barang walaupun bayaran telah dibuat.
Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna @user087561364, wanita itu mendakwa telah membuat bayaran sebanyak RM230 untuk membeli baju raya, namun sehingga kini barangan yang dijanjikan tidak diposkan oleh penjual.
Tangkap layar perbualan WhatsApp yang turut dikongsi menunjukkan wanita itu berkali-kali meminta penjual sama ada menghantar baju yang dibeli atau memulangkan wang bagi menyelesaikan isu tersebut.
“Kau faham tak yang kau dah ambil duit aku tapi barang kau tak nak pos? Kalau kau tak nak panjangkan cerita.
“Aku boleh pergi balai polis balik, cakap kau dah refund. Settle masalah,: ujarnya dalam tangkap layar perbualan di WhatsApp,
Wanita itu juga meluahkan bahawa dia berada dalam keadaan tertekan kerana sedang hamil dan berharap penjual bertanggungjawab atas urusan jual beli tersebut.
“Aku ni mengandung. Kalau aku stres sampai anak dalam kandungan sakit ke mati, aku takkan maafkan kau sampai bila-bila.
“Dunia akhirat aku tak halalkan duit aku tu walaupun cuma RM230,” jelasnya.
Difahamkan, individu yang didakwa terlibat dikenali sebagai Hanis dan dikatakan beralamat di Butterworth, Pulau Pinang.
Rata-rata pengguna Threads memaklumkan memang individu berkenaan merupakan ‘scammer’ dan ini bukan kali pertama ia berlaku.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika membuat pembelian secara dalam talian serta memastikan penjual adalah dipercayai bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Baca juga: Musim tukar duit raya dah mula, orang ramai sanggup beratur panjang dari 7 pagi