Resipi mudah buat paprik daging, rasa sama macam dekat kedai!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka makan di luar mesti pernah ‘order’ paprik daging, lagi-lagi dekat kedai Siam atau aneka masakan Thailand.

Bila buat kat rumah lain pula kejadiannya, rasa tak sama atau mesti ada bahan yang kurang.

Boleh ikuti resipi paprik daging yang dikongsi Murni Rahmat melalui Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Resipi paprik daging

Bahan-bahan:

  • Setengah kilo daging-kalau liat rebus dulu
  • Sebiji bawang Holland-potong dadu
  • Sebiji bawang besar-dikisar
  • 3 ulas bawang putih-dikisar
  • Cili kisar 1sudu
  • 3 batang serai-potong kasar
  • Seinci halia
  • 3 helai daun limau purut
  • Sedikit sos cili dan sos tomato
  • kicap manis
  • Kiub ayam/cukup rasa/perasa

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar sampai naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan serai, halia dan daun limau purut.
  3. Masukkan daging dan tunggu sampai empuk.
  4. Tambah sos cili, sos tomato, kicap manis.
  5. Reneh sekejap hingga semua bahan mesra.
  6. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato n daun saderi
  7. Siap dihidang.

Tapi kalau paprik daging saja tak cukup, boleh cuba pula resipi telur dadar gebu gebas ni, makan dengan nasi panas memang ‘konfem’ bertambah.

Baca Artikel Penuh