Ribut Tropika Kuat Nesat hala ke Pulau Hainan, djangka taufan di Laut China Selatan menjelang malam ini

Oleh NASUHA RAHMAN

Ribut Tropika Kuat Nesat kini berada di kedudukan 19.7°U 117.2°T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan. Keadaan ini menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan.

Ramalan terkini menunjukkan sistem ini dijangka meningkat ke tahap Taufan menjelang malam ini.

Sehubungan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 18 Oktober 2022.

Baca Artikel Penuh