Rider trauma dapat mesej lucah ajak buat seks dari pelanggan, “lelaki pun dah tak selamat sekarang”

Oleh MAISARAH AISYA

Gangguan seksual kini tidak hanya terjadi kepada wanita malah banyak juga kaum lelaki yang menjadi mangsa.

Apabila semua perkara dihujung jari maka mulalah nafsu songsang semakin kuat hingga menganggu orang yang sedang bekerja.

Seorang pengguna Twitter, Helena berkongsi mengenai kes seorang rider (penghantar makanan) yang diganggu pelanggan.

Pengguna tersebut memaklumkan mengenai insiden yang berlaku sekitar pukul 2 pagi selepas rider terbabit menerima pesanan makanan.

Pada awalnya pelanggan terbabit hanya meminta rider itu menghubunginya apabila sudah tiba di sekitar kawasan kediamannya.

Namun selepas menerima mesej balas, pelanggan yang juga seorang lelaki mula menunjukkan niat sebenar dengan bertindak menghantar mesej lucah.

“Abang Grab hantar makanan sekitar 2 pagi dapat mesej lucah daripada pelanggan berkelamin lelaki yang mahukan perkhidmatan ‘ekstra’,” ciap Helena ringkas.

Bagi memberi peringatan kepada penghantar makanan lain, lelaki tersebut memuat naik hantaran di Facebook namun telah dipadam selepas terima permintaan keluarga pelanggan tersebut.

“Posting abang Grab sudah dipadamkan di atas permintaan keluarga ‘adik’ (pelanggan) itu kerana tertera nama penuh,” ujar Helena.

Warganet terkejut dengan situasi tersebut dan menyatakan bahawa kini kaum Adam juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa serangan seksual.

“Pelik zaman sekarang, bukan perempuan saja yang kena jaga, lelaki pun kena hati-hati,” komen pengguna media sosial.

“Abang grab pun tak selamat dah,” ujar @greenteasf_.

Jadikan ini sebagai pengajaran, jika tidak mahu malu maka janganlah cari penyakit dengan melakukan perkara tanpa berfikir terlebih dahulu.

Baca juga: Terpaling kreatif! Cara mandi musim panas paling ‘win’ abad ini