Rossa menyanyi sambil menangis, suami failkan cerai ketika buat konsert di KL

Oleh KIM SYAZIE

Perceraian antara penyanyi jelita dari Indonesia, Rossa bersama bekas suaminya satu ketika dahulu, akhirnya terjawab selepas 15 tahun.

Biarpun tidak mengetahui butir perceraiannya, namun pelantun lagu Hati Yang Kau Sakiti itu memberitahu, suaminya memfailkan permohonan cerai ke mahkamah ketika dia sedang bersiap untuk menjayakan konsert di Kuala Lumpur.

Pada waktu itu dia sedang bersiap-siap di bilik mekap sebelum seorang peguam mendatanginya dan memberitahu bahawa permohonan perceraian sudah sampai ke mahkamah.

“Sewaktu disolek peguam datang dan memberitahu aduan perceraian sudah sampai ke mahkamah,” ujarnya.

Akui Rossa lagi, konsert tersebut menjadi lebih sayu apabila dia menyampaikan lagu Hati Yang Kau Sakiti sambil menangis.

Namun , Rossa mengaku dia dan Yoyo sudah tinggal berasingan setahun sebelum perceraian difailkan.

Begitupun, kini hubungan mereka semakin baik selain lebih memberikan fokus terhadap anak tunggal mereka, Rizky Langit Ramadan yang kini berusia 18 tahun. 

Rossa dan Yoyo bergelar suami isteri pada 2004, namun ikatan mereka hanya mampu bertahan selama lima tahun.

Baca juga: Lelaki serah diri lepas tikam rakan, teka-teki ‘ayam atau telur lahir dahulu’ jadi punca