Rupanya bukan seorang! 2 anak Tun M bakal didakwa SPRM jika gagal isytihar harta

Oleh MAISARAH AISYA

Umum sedia tahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerintahkan dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytihar harta.

Mirzan diminta mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Rupanya bukan seorang anak Tun Mahathir yang bakal didakwa tetapi ahli perniagaan Tan Sri Mohkzani turut menerima notis untuk mengisytihar harta.

Menurut Sinar Harian, SPRM sehingga kini masih belum menerima notis pengisytiharan harta daripada Mirzan dan Tan Sri Mohkzani.

Memetik laporan portal berita, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata SPRM sudah menyerahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 itu kepada kedua-duanya pada bulan lalu.

“Kalau tidak membuat pengisytiharan dalam tempoh yang ditetapkan, mereka boleh dituduh gagal mengisytiharkan harta.

Baca Artikel Penuh