Lulusnya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai larangan Ahli Dewan Rakyat melompat parti telah membuktikan bahawa apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini demi kedaulatan rakyat telah berjaya direalisasikan
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, sejarah dengan 209 Ahli Dewan Rakyat menyokong adalah suatu tuntutan yang harus dilaksanakan demi kestabilan politik dalam negara ini.
“Adalah menjadi harapan dengan lulusnya RUU anti lompat parti ini, selepas pilihan raya umum (PRU) ke 15, tidak akan terjadi lagi ‘langkah Sheraton’ yang telah menyebabkan negara kelihatan seperti kapal hanyut yang terumbang-ambing menanti tenggelam seperti sedia ada.
“Yang jelas apa yang diperjuangkan oleh PH selama ini serta yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) PH dengan kerajaan adalah demi kedaulatan rakyat dan semua pihak harus menghormati keputusan tersebut.
“PH komited untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan rakyat walaupun masih ada beberapa perkara dalam MoU bersama kerajaan tersebut belum menjadi realiti sepenuhnya,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Tambah beliau, PH akan lakukan yang terbaik dan amat berharap terus mendapat mandat rakyat menjelang PRU yang akan datang serta merealisasikan RUU anti lompat parti tersebut.
Malah katanya, PH amat berharap mandat rakyat dalam PRU ke 15 kali ini mampu memberi ruang bagi PH memberi pembelaan terhadap nasib dan kedaulatan rakyat
Baca juga: RUU anti lompat parti diluluskan, kegembiraan terserlah di kem PH
Baca juga: MoU PH dan kerajaan terus kuatkuasa hingga PRU15, kata Majlis Presiden PH
Baca juga: Hero tidak didendang, rider bantu kawal lalu lintas ketika KL ‘blackout’ jadi perhatian
Baca juga: Kematian cikgu pendidikan moral cetus persoalan, dibawa tiga lelaki misteri ke hospital