Kemelut rumah tangga pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Daniella akhirnya berakhir selepas pasangan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari.
Prosiding lafaz cerai itu dilakukan Farid secara dalam talian melalui apklikasi Google Meet dan didengar Hakim Syarie Shukran Yusof.
Memetik Kosmo, ini adalah berikutan Farid selaku defendan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masih tidak sihat akibat pasca Covid-19.
Hakim menyoal sama ada Diana berada dalam keadaan suci dan bersedia untuk meneruskan kes secara dalam talian.
Selepas mendengar jawapan Diana, Hakim Syarie menyoal pula Farid Kamil secara atas talian sama ada dia juga bersetuju untuk lafaz cerai.
“Bahawa saya Farid Kamil Zahari menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu,” lafaz cerai Farid kepada Diana pukul 3.22 petang.
Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Diana menjalani tempoh idah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian selain sijil nikah dibatalkan.

Media melaporkan bahawa Diana mendakwa sudah tidak ada sefahaman bersama suaminya sebelum membuat permohonan cerai pada 10 Mac lalu.
Dalam prosiding sebelum ini, Jawatankuasa Pendamai (JKP) menyatakan Diana nekad untuk bercerai kerana mendakwa sudah tiada persefahaman.
Manakala Farid tetap dengan pendirian enggan berpisah kerana masih menyayangi keluarga.
Farid diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Diana diwakili Datuk Akberdin Abdul Kader.
Pada prosiding lalu, hakim syarie sama menasihatkan pasangan selebriti tersebut untuk berdamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Farid dan Diana berkahwin pada tahun 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak iaitu Muhammad dan Aurora.
Baca juga: Nia Ramadhani berjaya ambil hati mentua, mengaku sering tidur sekatil bersama