Sale 11.11- Sambal Nyet Khairul Aming terjual 25,000 botol raih RM375,779.58 dalam masa sehari buat netizen kagum

Oleh NASUHA RAHMAN

Sale 11.11 yang berlangsung semalam menyaksikan Sambal Nyet Berapi milik Khairul Aming telah terjual sebanyak 25,000 botol.

Daripada jualan tersebut pempengaruh dan usahawan terkenal telah meraih RM375,779.58 dalam masa sehari membuatkan netizen begitu kagum dengan pencapaian orang muda ini.

Khairul Aming berkongsi keterujaannya itu di laman TikToknya dengan menunjukkan hasil jualan Sambal Nyet untuk sehari sahaja telah berjaya mengagumkan orang ramai.

Rata-rata pengguna TikTok menyatakan kagum dengan usaha beliau dan tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepadanya dengan meraih jualan begitu banyak dalam masa sehari.

Netizen juga tumpang gembira dan seronok melihat rezeki yang melimpah ruah diterimanya daripada yang Maha Kuasa.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen memaklumkan tidak sempat untuk membeli sambal nyet Khairul Aming kerana sangat pantas terjual dalam masa beberapa minit sahaja.

Baca Artikel Penuh