Curang bukanlah satu kesilapan, apatah lagi sebelum berkahwin sudah pasang banyak teman wanita atau lelaki.
Lebih menyedihkan golongan ini boleh sahaja memutuskan hubungan dan berkahwin dengan kekasih gelap mereka.
Seorang wanita memuat naik cerita di Kisah Rumah Tangga mengenai perihal suami yang sudah kantoi curang tapi masih berbasa-basi dengannya.
“Saya dah berkahwin enam tahun, kami kahwin atas dasar suka sama suka sejak dibangku sekolah. Awal perkahwinan kami PJJ dari 2015-2018. Semuanya sangat indah.
2018 sehingga sekarang kami dah tinggal sebumbung. Alhamdulillah, anak pertama kami sekarang dah masuk lima tahun, anak kedua baru dua tahun.
Selepas tinggal bersama baru saya tahu suami saya pernah ada hubungan kekasih dengan seorang perempuan sebelum kami bernikah 2015.
Perempuan tersebut tinggal satu tempat dengan suami saya. Jadi hampir setiap hari mereka berjumpa.
Sehinggalah kami bernikah, mereka masih berhubungan sebab kami PJJ. Perempuan tu tahu suami saya sudah bernikah masa tu.
Sejak 2018 baru mereka perlahankan hubungan mereka sebab kami dah tinggal sebumbung dan perempuan tersebut sudah ada teman lelaki dan akan berkahwin.
Tetapi saya perasan suami masih comment di Facebook (FB) mak dan adik-beradik perempuan tu seolah-olah untuk mengambil hati.
Untuk pengetahuan, hubungan mereka sebelum suami berkahwin sebelum ni memang direstui keluarga dan ibu bapa perempuan tersebut.
Mereka betul betul berkenan dengan suami. Sampai macam tu sekali rapat hubungan mereka min.
Sekarang suami dan perempuan tu sudah tidak friend di fb tapi masih menyimpan no hp masing masing sebab kadang kadang whatspp story perempuan tu akan naik di whatspp suami saya.
Suami pula sehingga kini masih wish dan comment memuji-muji mak atau ayah perempuan tersebut.
Saya baru tahu semua ni lepas kelahiran anak kedua dan apa yang paling buat saya sakit min, nama anak kami suami letak nama perempuan tu bukan nama biasa min.
Anak kami sepasang lelaki dan perempuan. Suami nak letak nama anak hujung dia sama. iini nama contoh saya bagi, Danish dan Danisha.
Nama perempuan tu bukan nama biasa min kalau nak kata kebetulan. Ini memang betul-betul dia letak sebab nama perempuan tu lain sikit.
So anak kami yang perempuan hujung dia Danisha memang nama perempuan tu hujung dia daynisha. Anak kami yang lelaki hujung dia nama Danish.
Saya sedih kemurungan min saya betul betul rasa suami suka nama tu atau ikhlas dengan nama tu rupa rupanya nya nama tu nama gf dia min. Saya sedih sangat min.
Kadang kadang saya nampak dia conment di FB adik perempuan tu, ‘kirim salam pada mama, cakap dekat mama get well soon’.
Saya baca hancur hati saya min. Mama? panggil mak perempuan tu mama? kalau dulu dulu tak apalah min, ni sampai sekarang min.
Saya tau perempuan tu yang mana. Dan sudah berkahwin. Saya kadang selalu terjumpa perempuan tu sebab kawasan kami ni bukan bandar besar.
Rupa-rupanya sebelum ini, suami selalu makan di kedai mama perempuan tu. Daripada situ mereka jatuh cinta.
Suami bekerja ada pangkat sikit, mak dan ayah perempuan tu sangat sangat berkenan dengan dia.
Sehinggalah kami dah menikah, mereka masih berjumpa. Masih bermsej masih call. Hancur hati saya min.
Saya dah tawar hati makin hari dengan suami. Tapi suami tak tau akan hal ni. Saya tak tau nk cakap macam mana.
Memang confirm akan gaduh dan suami akan sambil lewa menafikan hal ni. Saya tertekan. Saya marah-marah dia.
Saya dah kurang rasa hormat pada dia sebab dia masih ingat perempuan tu. Paling teruk saya kene hadap nama anak saya ni.
Sepanjang hayat saya akan sebut nama perempuan tu. Saya perlu buat apa min. Saya rasa nak koyak surat beranak anak-anak saya.
Sekarang saya agak dia ada hubungan dengan perempuan lain. Sebab dia selalu outstation. Biasanya dia akan ada gambar untuk setiap job dia.
Ni dah sejak setahun ni tak ada gambar apa-apa. Alasan dia PKP. Tapi takkan gambar sendiri dengan kawan kawan dia tak ada ambil.
Naluri saya kuat min tapi saya belum kuat nak bukak hp atau tengok whatspp dia. Saya tau kalau dia ade hubungan, dia akan menafikan dan membuatkan semua kesalahan dekat saya sebab saya kenal suami saya.
Bantu saya min. Saya perlu buat apa. Allahuakbar sakit dada. Tambahan, bila saya cek. Rupanya suami sangat aktif komen dan like fb dan ig perempuan tu sejak 2014.
Suami suka bergurau bila ada gambar perempuan tu. Kalau ada family mereka post gambar ramai ramai, suami akan like setiap gambar yang ada perempuan tu min.
Setiap gambar. Satu satu dia akan like. Walaupun nampak sikit. Kadang kadang dia bg emoticon love di gambar tersebut. Dan rajin sangat komen dia fb family perempuan tu.
Tetapi post saya pasal anak-anak, post saya yang saya tag dia jalan jalan, jarang sekali dia like mahupun komen.
Kadang kadang dia perasan tapi tak respond apa apa. Mula mula saya fikir, suami bukan yang aktif di FB.
Lama-lama bila dah tinggal sebumbung baru tau min, suami memang akan bukak FB selalu.
Dia sekarang tengah suka tengok tiktok semua perempuan gelek gelek. Dan kebanyakkannya perempuan tu memang taste dia min.
Muka bulat berisi putih-putih. Badan berisi chubby tu memang taste dia min.
Saya pernah terperasan dia masih simpan gambar perempuan tu di dalam memory card telefon dia. Kadang-kadang dia masih belek gambar tu.
Untuk pengetahuan, gaji saya lagi tinggi daripada gaji suami. Tapi saya tak kisah untuk berkongsi tanggungan.
Perempuan tu kerja di warung kedai makan biasa. Suami kereta biasa, saya sebelum kahwin dah beli vios.
Sekarang rumah dan loan tanah pakai nama saya. Saya tak kisah saya fikir tu aset saya. Kadang kadang saya terfikir kenapa suami tak putuskan je hubungan dengan saya sebelum berkahwin.
Kahwin sahajalah dengan perempuan tu. Kenapa teruskan juga dengan saya. Adakah kerana pekerjaan saya yang elok, dan dia boleh menumpang senang?
Saya bukan merendahkan perempuan tu. Tapi saya terfikir sendiri. Kenapa masih terima saya walaupun dari dulu sampai sekarang dia masih tak boleh move on dengan perempuan tu.”