Sasha serik bercinta dengan lelaki Melayu, nampak je kaya pakai Mercedes tapi rupanya suami orang

Oleh KIM SYAZIE

Personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz mengakui lebih memilih berkahwin dengan mat saleh berbanding lelaki Melayu.

Sasha berkata, ini kerana dia mempunyai pengalaman pahit ketika menjalinkan hubungan cinta bersama lelaki Melayu.

“Saya ada pengalaman buruk dengan lelaki Melayu. Cinta pertama saya..saya telah dicurangi. 

“Masa tu saya muda lagi baru umur 17 tahun. Saya dapat tahu dia ada hubungan dengan seorang perempuan dari Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),” kongsinya dalam satu video di TikTok seperti dilapor Ohbulan.

Menurut Sasha, pengalaman lalu telah menjadikan dia serik untuk bercinta dengan lelaki Melayu kerana segelintir mereka mempunyai sikap yang kurang baik.

Lebih malang lapor portal itu, cinta kedua Sasha pula yang kelihatan seperti orang kaya rupa-rupanya suami orang.

Baca Artikel Penuh