Tidak semua ibu bapa mampu memenuhi permintaan anak apatah lagi melibatkan wang terutamanya dari keluarga yang tidak berkemampuan.
Namun itu tidak mematahkan semangat seorang ayah untuk menggembirakan hati anak dengan cara tersendiri.
Seorang pengguna Tiktok, @ainuntazrie hanya mampu membelikan plastik makanan untuk dijadikan mainan buat anaknya.
Lebih mengharukan apabila anaknya langsung tidak marah malah dengan hati gembira bermain dengan plastik tersebut.
“Saya hanya mampu belikan plastik sebagai mainan, anak tetap happy (gembira) main..”, ujarnya.
Ini membuktikan bahawa duit dan alat permainan bukanlah satu-satunya kunci kebahagiaan namun masa yang diluangkan bersama anak akan kekal menjadi memori indah.
Baca juga: Baju polis warna biru, askar hijau, jururawat putih, kenapa ya?