“Saya lompat sokong pasukan negara, bukan lompat katak politik tidak berprinsip”

Oleh NASUHA RAHMAN

Melalui perkongsian gambar di Facebook petang tadi, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melompat girang sambil menyaksikan pasukan pelumba berbasikal negara layak ke suku akhir di Sukan Olimpik.

Syed Saddiq berkongsi gambarnya ketika pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menamatkan saringan ketiga pusingan pertama acara keirin lelaki di kedudukan pertama pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo.

Statusnya itu menerima hampir 4,000 komen, di celah-celah komen pengikutnya beliau membalas komen agar tidak perlu risau dengan aksi lompatnya yang melompat kegembiraan menyokong atlet negara.

Baca Artikel Penuh