Kebanyakan selebriti bertaraf dunia juga pernah mengalami kesusahan hidup sebelum terkenal dengan usaha keras sendiri.
Jika dilihat zaman kini, ada media sosial sahaja sudah mampu membuat kita terkenal namun ia juga senang menjatuhkan kita.
Kisah ini turut berlaku kepada bintang Hollywood, Dwayne Johnson yang mengakui bukan senang untuk jadi terkenal tapi usahanya berbaloi.
Bekas ahli gusti profesional itu memaklumkan tiada perkara kekurangan dialaminya selepas menjadi terkenal.
“Pada saya tidak ada kelemahan apabila menjadi popular,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram.
Menurut majalah People, Dwayne menjawab persoalan yang diajukan peminat mengenai kelebihan dan keburukan menjadi terkenal.
Bintang berusia 51 tahun bagaimanapun menjelaskan dirinya pernah hidup susah jadi dia sangat menghargai segala kesenangan yang ada dalam hidupnya kini.
“Saya mungkin seorang yang bertuah kerana dapat mengecap populariti dalam satu tempoh yang panjang.
“Dan kerana itu saya katakan tidak melihat ada kelemahan menjadi popular.
“Saya masih ingat dulu kehidupan sangat susah sehingga tidak mampu membayar sewa rumah. Saya hampir diusir.
“Saya sangat miskin dan saya berusaha untuk mendapat kehidupan yang baik,” katanya.
Jelas bahawa usaha adalah penting dalam memastikan diri berjaya dalam bidang yang diceburi, kaya atau tidak, bukanlah faktor pengukur kejayaan.