Semasa kenduri tidak kira berkahwin atau majlis lain, pastinya tuan rumah akan menempah makanan disamping lauk yang dimasak buat tetamu.
Antara makanan yang sering ditempah pastinya sate kerana ia adalah makanan kegemaran orang ramai tanpa mengira peringkat umur.
Menerusi Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’, Muhd Amirul Zikri meluahkan rasa kecewa dengan sikap tetamu yang membuat pembaziran makanan.
Amirul memaklumkan keluarganya telah membuat satu kenduri dan menyediakan 600 cucuk sate sebagai makanan sampingan.
Tapi belum sampai tengah hari, sate sudah habis sedangkan majlis samai ke petang dan tetamu jemputan pula hanya 200 orang.
“Sate tu kami beli yang mentah kemudian bakar sendiri, macam pelik kenapa tak cukup sedangkan jemputan dalam 200 orang sahaja.
“Sekali masa bersihkan meja dan nak kutip pinggan, punyalah banyak sate orang ambil kemudian tak habis makan.
“Terlalu banyak sampai kami rasa nak ambil balik dan panas tapi tak sampai hati sebba bekas orang. Akhirnya terpaksa buang sahaja,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Pada masa sama, Amirul turut menasihatkan orang ramai untuk mengambil dalam kuantiti yang sedikit dan tambahlah jika merasa tidak cukup.
“Tak kedekut tak marah nak makan banyak mana pon, tapi ambil itu berpadalah. Ambil sikit dulu, kalau sedap tambah la lagi.
“Kesian orang-orang yang datang kemudian tak dapat nak merasa, kami tuan rumah pula jadi serba salah.
“Peringatan untuk kita bersama, pergi majlis orang makan tu biarlah berpada, jangan membazir kesian tuan rumah dah keluar kos yang banyak untuk jamuan,” tambahnya.
Tidak salah ambil makanan banyak jika yakin anda akan habiskan, namun jika sudah merasa kenyang bawalah pulang makanan yang ada di atas pinggan tersebut.
Baca juga: Kentut dan sendawa terlalu kuat hingga menggangu jiran, lelaki ini dihukum penjara