Sejak bila usul lisan mesti ditolak, tanya MP kepada Speaker

Oleh BORHAN AHMAD

Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azhar Azizan Harun menolak usul untuk membahaskan isu banjir disifatkan sebagai ‘hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, jika Speaker mahu membenarkan usul itu dibahas, seribu alasan dicari untuk membolehkannya.

“Jika nak benaq bahas ada seribu alasan jika tak mahu benaq bahas pula ada seribu dalih. Pick and choose!” kata Hanipa kepada Malaysia Dateline.

Beliau mempersoalkan, sejak bila pula usul secara lisan dalam keadaan tergempar sekarang tidak boleh.

“Even in court, in special circumstances oral motion is tolerated! (Hatta dalam mahkamah, dalam kes khas macam ini, usul secara lisan diterima)

“Come on TS..since when you have become too lilteralist?” kata beliau yang merupakan seorang peguam sebagaimana Azizan.

Dewan Rakyat tidak boleh membincangkan isu mengenai banjir di Lembah Klang kerana hanya ada satu perkara dalam agenda pada hari berkenaan, kata Speaker Azhar Azizan Harun selepas gesaan daripada ahli Parlimen untuk membahaskan krisis semasa.

“Kita hanya ada satu agenda hari ini, iaitu perbahasan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit,” kata Azhar kepada Dewan Rakyat semalam.

Beliau juga berkata, usul ini hanya dibuat secara lisan dan tidak ada usul bertulis disampaikan kepada beliau.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Speaker menolak usul ini adalah untuk menjaga air muka kerajaan setelah gagal menggerakkan jentera untuk membantu banjir khasnya di Selangor.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dikecam hebat dengan pengarah serta menteri yang menjaganya telah digesa agar meletakkan jawatan.