Seorang jururawat menerima padah apabila menyiarkan video seorang wanita yang sedang melahirkan anak secara langsung menerusi TikTok Live.
Mula bersiaran sekitar pukul 4.30 pagi, dianggarkan kira-kira 200 orang pengguna TikTok telah menonton video yang memalukan itu.
Menerima kecaman dari orang ramai, kejadian itu berlaku di hospital bersalin GAK Narodni Front bertempat di Belgrade, Serbia.
Melanggar privasi pesakit, pihak hospital telah menggantung tugas jururawat berkenaan secara serta-merta.
Jurucakap hospital turut memaklumkan bahawa kakitangannya itu bakal menghadapi prosiding tatatertib akibat dari tindakannya.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang melaporkan insiden ini kepada kami dengan segera.
“Kami dapat bertindak dengan cepat dan mengambil semua langkah yang perlu dilakukan agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi,” kata jurucakap itu.
Tambahnya, kakitangan hospital sebenarnya dilarang untuk menggunakan telefon bimbit di wad bersalin dan bilik bedah.
Sementara itu, jururawat yang terlibat tampil memohon maaf dan mendakwa dirinya tidak menyedari bahawa mereka sedang bersiaran langsung.
Namun, petugas kesihatan itu mengakui bahawa dia sedang melayari laman TikTok sebelum dipanggil bertugas di dalam dewan bersalin.
Baca juga: Video ini tular di media sosial, rupanya lelaki bawa ‘boyfriend’ beraya bersama keluarga!