Selamba kongsi tip curang, akaun TikToker diserang netizen

Oleh KIM SYAZIE

Banyak kes curang yang berlaku di dunia ini bukan setakat Malaysia sahaja, lebih menyedihkan ada orang sanggup meraih publisiti murahan di media sosial.

Masih banyak lagi topik yang boleh dikongsikan kepada pengikut namun lelaki ini lebih selesa mengajar ‘follower’ tip untuk curang.

Menurut Thaiger, tiktoker di Thailand itu mengajar pengikut cara untuk curang dan memperguna pasangan bagi mendapatkan wang.

Tiktoker dikenali sebagai Tee itu selalu meuat naik cara menggoda wanita serta memenangi hati kaum hawa.

Tetapi video terbarunya mendapat kecaman ramai selepas dia bertindak mengajar lelaki untuk cari wanita kaya dan kikis harta untuk bina masa depan dengan perempuan lain.

“Kita boleh mendapatkan wang daripada wanita kaya untuk membina keluarga dengan wanita lain, ia tidak salah sama sekali.

Baca Artikel Penuh