Selepas 22 hari di IJN, Mahathir minum kopi di Pavillion

Oleh ROSLAN ZAMAN

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad hari ini dilihat sudah pun keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas 22 hari dirawat di sana.

Gambar Dr. Mahathir yang meluangkan masa menikmati kopi di Pavilion Damansara hari ini jelas menunjukkan keadaan kesihatan sebenar negarawan itu.

Pegawai Pejabat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff berkata Dr Mahathir mengambil masa menikmati kopi di Pavillion sebentar tadi.

“Selepas 22 hari menerima rawatan di IJN, beliau keluar menikmati kopi sebentar di Pavilion Damansara

“Ketika ini, beliau masih menerima rawatan di IJN,” katanya kepada media seperti dilapor Kosmo!.