Semua pembangkang mahu undi percaya sebelum 9 Ogos

Oleh NASUHA RAHMAN

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang berpendapat bahawa satu sidang khas Parlimen mesti diadakan segera tidak lewat dari 9 Ogos depan.

Ini berasaskan Peraturan Mesyuarat 11(3) untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.

Pembangkang dalam satu kenyataannya menegaskan, mereka tidak boleh menerima isu sokongan terhadap Perdana Menteri ini ditangguhkan sehingga September.

“Adalah amat tidak munasabah bagi sebuah kerajaan yang dipertikai keabsahan dan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk melengah-lengahkan proses menentukan sokongan di Parlimen.

“Ini kerana kami mengambil kira keadaan pandemik yang terus mencengkam rakyat, jumlah kematian akibat wabak Covid-19 yang terus meningkat setiap hari, dan situasi ekonomi yang terus lesu.

“(Justeru), persoalan kestabilan kerajaan mesti diselesaikan sekarang,” katanya.

Baca Artikel Penuh