Serak-serak basah yang mahal tu – Benarkah ‘Ella’ waktu kecil ini anak Sabah?

Oleh ARIF ATAN

Rakaman video memaparkan seorang penyanyi cilik dengan suara serak-serak basah yang dianggap mahal oleh kalangan warganet dilihat menggamit kenangan orang ramai.

Apa tidaknya, lontaran suara kanak-kanak perempuan yang mendendangkan lagu “Tiada Tangis Lagi” itu persis suara milik Ratu Rock, Ella Aminuddin.

“Dato Ella masa kecil-kecil dulu”, tertera pada kapsyen klip video yang tersebar dan dikongsi netizen di media sosial.

‘Ella’ kecil yang berbaju merah dan mengenakan skirt paras lutut berwarna hitam itu dilihat menyanyi dengan yakin dan selamba di hadapan penonton sepanjang lebih tiga minit lagu itu.

Lagu dendangan Ella masih menjadi siulan termasuk generasi Alpha.

Dia akhirnya sempat menghadiahkan penonton ‘posing’ ala artis sejurus menamatkan lagu yang terkandung dalam album Puteri Kota terbitan tahun 1990 itu.

Difahamkan, penyanyi cilik berkenaan berasal dari Sabah.

Baca Artikel Penuh