Tular sebelum ini kisah mengenai kanak-kanak berusia 6 tahun yang terlibat dalam kemalangan selepas dikatakan memandu kereta Toyota Vios.
Malah dia dan adiknya yang berusia 3 tahun dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa.
Mereka kemudian terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi.
Kini tular pula di media sosial mengenai kejadian yang diceritakan semula oleh kanak-kanak tersebut, meremang bila dengarnya.
Dakwanya, kenderaan itu sebenarnya dipandu oleh seorang lelaki yang digelarkan ‘tok wan’. Dakwanya lagi, ‘tok wan’ berbadan besar dan berbulu hitam. Biar betul?
“Pak cik dengan Tokwan yang bawa kereta,” kanak-kanak tersebut memaklumkan selain dia dan adik, ada tiga ‘individu’ bersama mereka.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak sedang tidur manakala ibunya ke bilik air sebelum menyedari dua anak tiada dalam rumah.
Kini kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Diharapkan orang ramai tak membuat spekulasi dan menunggu sehingga siasatan selesai.
Baca juga: Mahu ke kedai beli mainan, budak umur 6 tahun pandu kereta sebelum kemalangan