Setahun berahsia, Khairul Aming dedah restoran RM4 juta siap dibina

Oleh MAISARAH AISYA

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal Khairul Amin mengumumkan bahawa restoran fizikal pertamanya kini siap dibina selepas setahun menyimpan rahsia mengenai projek berkenaan.

Dalam perkongsian di media sosial, Khairul Aming (KA) memaklumkan restoran tersebut didirikan dari kosong di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru dengan pelaburan mencecah RM4 juta.

Projek itu menjadi antara pembangunan terbesar pernah diusahakan di bawah jenama usahawan tersebut.

“Selepas setahun simpan rahsia, restoran pertama KA telah pun siap dengan menelan modal RM 4 juta.

“Kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kampung Baru. Ini adalah pelaburan terbesar KA pernah buat untuk satu projek.

@khairulaming

Selepas setahun simpan rahsia, restoran pertama Khairulaming telah pun siap. Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project Selepas 10 tahun dalam dunia online, i’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung ❤️

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Khairul Aming berkata, selepas 10 tahun membina jenama dalam dunia dalam talian, dia kini bersedia melangkah ke fasa baharu.

“Selepas 10 tahun dalam dunia dalam talian (online), saya akhirnya bersedia untuk mulakan langkah ke dunia offline.

“Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung,” kongsinya di TikTok.

Jelasnya restoran yang berkonsep elemen kampung di tengah bandar tersebut mampu menampung 250 orang pelanggan dalam satu masa.

Baca juga: Pramugari bersyukur doa hijrah termakbul, dapat bertudung tanpa perlu tukar kerja