Setapak, KL jadi ‘lokasi panas’ lubuk doktor gigi palsu

Oleh KIM SYAZIE

Setapak, Kuala Lumpur dikenalpasti sebagai lokasi panas atau ‘hot spot’ bagi doktor-doktor gigi palsu menjalankan kegiatan haram mereka.

Doktor gigi tidak bertauliah ini dilihat semakin aktif mempromosikan perkhidmatan mereka menerusi media sosial.

Apatah lagi selepas pihak berkuasa berjaya membuat serbuan ke lokasi berkenaan dan mendapati lokasi di ibu kota itu adalah lubuk bagi kegiatan haram ini.

Sebanyak 10 serbuan telah dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas premis pergigian tidak bertauliah di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Baru-baru ini, KKM melakukan serbuan di Setapak, Kuala Lumpur dan difahamkan Setapak ini adalah lubuk bagi doktor gigi palsu.

“Kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai doktor gigi tanpa tauliah ini, boleh kemukakan (maklumat) kepada KKM untuk kita lakukan serbuan.

Baca Artikel Penuh