Sebanyak 10 kenderaan awam rosak akibat dihempap pokok dan bumbung dalam dua kejadian di sekitar Seksyen 13 di sini, petang tadi.
Bangunan di Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, Shah Alam rosak akibat ribut dan hujan lebat yang melanda petang tadi.
Cermin surau di politeknik tersebut serta bilik pejabat dan beberapa buah kenderaan termasuk bumbung tercabut dan runtuh.
Turut rosak parkir kenderaan sebuah pasar raya besar di Seksyen 13.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata lapan kenderaan dilaporkan rosak akibat kejadian itu.
“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.