“Siakap, sup tulang, tomyam campur” – Lelaki terkejut wanita pesan menu ‘luar biasa’ masa first date

Oleh MAISARAH AISYA

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa pengalaman temu janji pertamanya bersama seorang wanita bertukar menjadi situasi yang tidak dijangka apabila hidangan makanan yang dipesan dianggap keterlaluan.

Perkongsian tersebut dimuat naik di media sosial dan pantas mencuri perhatian ramai selepas lelaki itu mendakwa wanita berkenaan memesan pelbagai jenis makanan ketika mereka keluar makan bersama.

Menurutnya, wanita tersebut dikatakan memesan beberapa menu termasuk ikan siakap, kailan ikan masin, sup tulang dan tomyam campur.

“First date bantai siakap, kailan ikan masin, sup tulang, tomyam campur. Kerja gila perempuan ni,” tulisnya.

Tidak terhenti di situ, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita tersebut menambah pesanan nasi goreng untuk dibungkus dan diberikan kepada adiknya.

“Paling ‘pundek’, dia tambah nasi goreng USA bungkus untuk adik dia,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berbelah bahagi mengenai situasi tersebut.

Ada yang berpendapat tindakan wanita berkenaan kurang sesuai untuk pertemuan pertama kerana dianggap tidak menjaga batas dan etika ketika keluar bersama individu yang baru dikenali.

“First date dah macam tu. Bukan soal harga, tapi common sense dan berpada-pada,” komen seorang pengguna media sosial.

Namun, terdapat juga netizen yang mempertahankan situasi itu dengan menyatakan perkara berkenaan bergantung kepada kemampuan serta persefahaman antara kedua-dua pihak.

“Bukan hal lelaki vs perempuan, kaki kikis atau tidak, lelaki provider atau tidak, ini hal akal budi (common sense).

“Kalau orang (sesiapa sahaja) ajak dan belanja makan, kita order lebih kurang macam dia. Beri ruang pihak yang belanja untuk lead the way,” komen seroang pengguna Threads.

“Ada sesetengah macam tak faham point awak, bukan semua benda nak kait dengan mahal murah tapi common sennse,” komen seorang lagi pengguna Threads.

Baca juga: Wanita rasa tak selamat, pakai tutup litup pun orang ambil gambar curi-curi dalam tren