Siapa sangka cikgu pun boleh kaya-raya macam ni, ada harta lebih USD46 Billion!

Oleh WAN SITI AMINAH

Pensyarah yang dikenali sebagai Cikgu JM memutuskan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bagi menceburi bidang perniagaan penterjemahan.

Mula menguasai teknologi internet setelah berhijrah di AS pada tahun 1995, Cikgu JM hampa apabila tiada maklumat mengenai negaranya di internet.

Sedangkan pada saat itu, negaranya sedang pesat membangun dalam bidang perdagangan antarabangsa khususnya pengeksportan.

JM kemudian kembali ke negaranya dan membuka satu laman web direktori perniagaan, namun usahanya tidak membuahkan hasil.

Empat tahun kemudian, JM bersama 17 rakannya yang lain melaksanakan satu lagi projek laman web baharu berkonsepkan ‘marketplace’.

Melalui projek yang bermula pada tahun 1999 itu, para pengeksport akan memuat naik gambar beserta info barang jualan di laman web cikgu JM.

Seperti pusat beli belah online, JM dan kumpulannya akan menarik perhatian pembeli dari luar negara untuk berdagang di laman web tersebut.

Hasilnya, laman web tersebut berjaya menarik pelaburan bernilai RM80 juta dari syarikat pelaburan, Goldman Sachs dan Softbank pada akhir tahun 1999.

Kini, dengan jumlah saham syarikat sebanyak 8.9% yang dimiliki JM, jumlah kekayaannya dianggarkan bernilai RM46,000,000,000!

Bukanlah hikayat Ali Baba, Cikgu JM ialah Jack Ma, lelaki berasal dari China yang mengasaskan syarikat jualan atas talian, Alibaba.com.

Baca juga: Kenapa Arab Saudi dah nampak anak bulan tapi Malaysia tak? Ini jawapan paling tepat