Bila semua anak dah pulang beraya maka segala makanan akan dibuat dalam kuantiti yang banyak namun agak malang buat keluarga ini dek kehadiran anak biawak.
Belum sempat nak menghidang sambal sotong, masakan tersebut terpaksa dibuang selepas anak biawak terjatuh dari siling rumah ke dalam periuk.
Hantaran tersebut dimuatnaik Habibi Kassim menerusi kumpulan Facebook, Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.
“Tragedi 4 Syawal. Kisah ‘si tanggang’. Alkisahnya, adik sis (isteri) tengah masak-masak, berborak-borak, bergosip-gosip di dapur dengan mak dan anak-anak buah semua.
“Kononnya nak tunjuk bakat memasak dah semakin baik. Mak dah bagi arahan, masak separuh sahaja, simpan sikit sotong, tapi disebabkan dia bantah, Allah bayar ‘cash’.
“Tiba-tiba, si biawak ini buat terjunan papan anjal dari atas siling rumah terus tepat ke dalam periuk sambal sotong yang tengah masak,” ujarnya.
Bukan sedikit tapi tiga kilogram (kg) sambal sotong rugi begitu sahaja, malah anak biawak juga mati serta-merta kerana tenggelam dalam sambal panas.
“Mati serta-merta tanpa sempat mintak tolong. Tapi dia (anak biawak) sempat bertentang mata dengan adik. Fobia dia satu hari,” katanya.
Sebab itu kena dengar cakap orang tua walaupun kita dah besar dan ada anak sendiri, mungkin mereka pernah mengalami benda yang sama.
Baca juga: Tak sangka ikan paling mahal dalam dunia hidup di perairan Malaysia sahaja