Google Malaysia tampil dengan ‘Year In Search 2025’, menyoroti topik dan berita yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang 2025.
Top trending bagi kategori berita, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) antara paling banyak dicari tahun lalu, diikuti MyKasih di tangga kedua.
Di tangga ketiga adalah BUDI95 iaitu pelaksanaan subsidi bersasar membabitkan RON95 pada harga RM1.99 seliter.
Turut dalam carian adalah program MySalam iaitu skim perlindungan kesihatan takaful percuma untuk golongan B40 di Malaysia.
Bagi carta individu pula, Amira Othman, Greta Thunberg, Naim Daniel, dan Donald Trump menduduki carian paling banyak.
Baca juga: Jika Pas mengetuai PN, sudah tentu Tan Sri Abdul Hadi pengerusi – Bersatu Kelantan