kebanyakan mereka yang memilih untuk melakukan hubungan seks secara bebas tidak sedar akan bahaya kepada pasangan.
Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui hubungan, maka pasangan juga boleh menjadi mangsa dek nafsu yang tak terkawal.
Seorang wanita tak menyangka si suami pernah ‘makan luar’ bersama wanita tak dikenali hingga akhirnya memberi kesan kepada dirinya.
Di bawah adalah kisah yang dimuat naik di sebuah portal luahan perasaan atas talian.
Aku adalah wanita yang hampir berputus asa dengan kehidupan namun dibayangi senyuman anak-anak walaupun tahu suami sudah menghancurkan segala kepercayaan.
Seorang isteri yang tersepit untuk mencari kebahagiaannya sendiri yang tak pernah sekali berhenti menangis dengan nasibnya.
Sungguh. Kali ni sangat sakit. Terasa sembilan tahun perkahwinan yang sia-sia. Penat setia. Penat percaya tapi apa balasan yang seorang isteri ni dapat.
Dicurangi, disakiti, dikhianati. Walaupun berlaku dua tahun lepas. Tapi tahun ni semuanya terbongkar. Tuhan tunjukkan aku satu persatu.
Ya dia cuba perbetulkan keadaan balik. Ya dia cuba sedaya upaya berubah.
Dalam aku dan dia bina balik rumahtangga ni kenapa kisah lama terbongkar. Kisah tu terjadi sewaktu dalam perkahwinan.
Ibarat aku jatuh terduduk. Apabila dia mengaku pernah ‘makan luar’ dua tahun lepas.
Namun benda tu terjadi sangat pantas dan bukandengan penyondol namun dengan orang yang tak pernah dia kenal. Dia tergoda dengan godaan syaitan. Dan akhirnya terlanjur.
Dan dia bersumpah itu adalah yang pertama kali dia tersasar. Dan benda tu menyelubungi dia. Aku buntu, nak berpisah tapi tengah hamil dan anak juga masih kecil.
Peritnya, Allah tunjukkan aku semuanya semasa aku hamil. Boleh bayangkan emosi aku bagaimana.
Bila mana doktor nak buat test VDRL (sejenis ujian saringan bagi mengesan jangkitan sifilis). Masa itulah semuanya terbongkar.
Aku dah tak tahu apa perlu aku lakukan. Pandang anak-anak yang masih kecil. Aku sedih. Pandang suami aku bila dia tidur, apa sebenarnya yang dia cari dalam hidup dia.
Aku jadi sedih. Tipu kalau aku tak sayangkan perkahwinan aku. Tipu kalau aku tak sayangkan suami aku. Tapi aku nak kuat saja.
Aku nak kuat demi anak-anak aku. Aku nak kuat demi anak dalam perut aku. Aku penat dengan semua keadaan.
Aku harap aku terhindar daripada penyakit yang datang dari suami aku. Aku takut. Aku takut anak dalam perut aku terima benda yang tak sepatutnya dia kena.
Baca juga: “Isteri langsung tak terima teguran, aku risau tengok barang COD dia sampai ratusan ringgit”