Suami selalu ‘makan luar’, jangkitkan isteri dengan HIV sebelum meninggal

Oleh MAISARAH AISYA

Istilah ‘makan luar’ atau membuat hubungan badan tanpa ikatan sah semakin banyak berlaku dalam kalangan lelaki dan wanita yang sudah berkahwin.

Malah hubungan yang dilakukan tanpa sebarang alat perlindungan seperti kondom boleh menyebarkan penyakit seperti herpes, HIV atau Aids dan banyak lagi.

Namun itulah nasib yang menimpa seorang suri rumah di Indonesia, Yurike Ferdinandus selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Segalanya terbongkar selepas suami meninggal dunia, anak saudara kepada suami wanita tersebut memaklumkan mengenai status kesihatan arwah.

“Saya suri rumah sepenuhnya, jaga anak yang baru berusia setahun, diam-diam duduk di rumah, kenapa saya yang harus dapat?,” ujarnya yang kecewa suami meninggal kerana HIV.

Lebih menyedihkan doktor yang merawat suaminya merahsiakan hal tersebut kerana permintaan suami yang takut aibnya terbuka.

Arwah suaminya itu mengaku pernah melakukan hubungan terlang dengan wanita luar pada tahun 2004.

@asputri_14

Bukannya menurunkan harta tapi penyakit yang diturunkan, suami yg berbuat istri kena akibatnya Menjaga pandangan juga menjaga kemaluan sprt yg tertuang dlm alquran Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu, lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat.” #ODHA #hivaids #najwashihab #matanajwa #stigma #menjagapandangan

♬ Piano Sedih – kucing tetangga

Disebabkan si suami menyimpan rahsia, isteri pula menjadi mangsa apabila sah turut menghidap HIV positif.

Disebabkan dia dan arwah suami menghidap HIV, maka anak mereka perlu menjalani ujian sama.

Yurike meluahkan rasa risau anaknya yang tidak berdosa itu turut semasa mendapat HIV hasil kebodohan suaminya.

“Tolong bawa anak saya untuk menjalani ujian tapi jangan beritahu saya, saya belum bersedia.

Tubuh Yurike kini mula ditumbuhi gatal-gatal, bisul di kepala, hilang deria rasa, lidah mula berkulat dan badannya susut melampau.

Masih terkejut dengan hal tersebut, Yurike hanya merawat diri sendiri dan tidak mendapatkan pemeriksaan di klinik selama empat bulan.

Tidak mahu putus semangat, Yurike mahu bangkit untuk membuktikan bahawa penghidap HIV juga mampu meraih hidup berkualiti semula.

Baca juga: Ibu digari lepas curi kotak pensil, rupanya tak mampu beri hadiah anak dapat No. 1