Pelakon, Nora Danish mengakui dirinya jarang masuk ke dapur untuk menyediakan juadah di pagi Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Nora, suaminya iaitu Mohamad Nedim Nazri merupakan seorang lelaki yang amat memahami dan tidak ingin membebankan isteri.
Sebelum ini, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Puteri itu gemar menikmati rendang wagyu yang dimasak oleh suaminya.
Oleh kerana suaminya kini sudah jarang memasak, Nora lebih suka menempah juadah yang telah siap dimasak oleh peniaga kecil-kecilan.
Selain dapat menjimatkan masa, Nora dan suami juga suka memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil yang mencari rezeki.
“Biasanya saya akan padankan lemang dengan rendang ayam atau daging wagyu yang dimasak sendiri oleh suami. Cuma sekarang dia jarang masak.
“Tapi sekarang pun sudah banyak tempat ada jual rendang wagyu dan ia memang sedap.
“Saya dan suami banyak beri sokongan kepada peniaga luar dengan membeli sahaja juadah hari raya,” kata aktres yang berusia 41 tahun itu.
Nora bersyukur suami yang dinikahinya enam tahun lalu itu tidak pernah membebankan isteri dengan kerja-kerja rumah.
Baca juga: Boleh pula letak tagline tak senonoh, kad raya ini dikecam netizen