Sudah berbulan tak buka media sosial, Sharifah Sakinah akui hidup lebih bahagia

Oleh MALAYSIADATELINE

Dalam tak sedar, ramai yang terlalu terikat dengan media sosial, ada sahaja benda dikongsi untuk menjadi tatapan ramai.

Tapi bila hidup terlalu berpaksikan media sosial, maka segala benda nak dibandingkan sedangkan masing-masing ada kelebihan dan kekurangan diri.

Memilih untuk tidak lagi aktif menggunakan media sosial, pelakon Sharifah Sakinah mahu fokus kebahagiaan diri dan keluarga lapor Kosmo! Online.

Jelasnya dia memilih untuk tidak memuat naik sebarang kandungan kerana bimbang ia mampu mengundang perkara negatif.

“Saya sudah lama tidak buka media sosial, beberapa bulan juga dan itu buatkan saya seronok.

“Tidak perlu saya kongsikan tentang kehidupan peribadi saya tambah pula saya ada anak.

“Saya tidak mahu mengundang komen buruk, jadi apabila ada benda boleh saya kongsikan, baru saya muat naik di media sosial,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Jelasnya lagi, hidupnya kini semakin bahagia dan akaun media sosialnya diuruskan oleh kakaknya sendiri jika ada melibatkan hal kerja.

“Hidup saya pun semakin bahagia sebab tidak tahu apa jadi di luar sana. Selalunya kakak saya yang tolong muat naik apa-apa.

“Tanyalah fasal gosip artis mana-mana sekarang pun memang saya tidak tahu,” ujarnya.

Baca juga: Orang kaya di India buat kondo 27 tingkat tapi didiami satu keluarga sahaja