Gurauan melampau membawa pada, seorang lelaki yang juga Youtuber Amerika Syarikat ditembak penghantar makanan selepas membuat prank di sebuah pusat beli-belah.
Mahkamah Daerah Loudon di Virginia, Amerika Syarikat mendapati penghantar makanan tersebut tidak nersalah atas kejadian yang berlaku awal tahun ini.
Menurut Metro UK, tertuduh, Alan Colie dilaporkan menembak pelawak, Tanner Cook di bahagian bawah dada mangsa di pusat beli-belah Dulles Town Center di Sterling, Virginia.
Colie bekerja sebagai penghantar makanan di bawah syarikat DoorDash memaklumkan mahkamah bahawa dia membawa pistol atas tujuan keselamatan.
Ia adalah langkah berjaga-jaga selepas membaca laporan bahawa ada penghantar makanan dirompak di kawasan itu.

Ketika kejadian, Cook, dilaporkan merakam video untuk saluran YouTubenya, ‘Classified Goons’, saluran tersebut juga mempunyai lebih 57,000 subsriber.
Colie menyatakan tembakan dilepaskan di dalam video dirakam YouTuber itu, bertujuan mempertahankan dirinya.
Rakaman video ‘prank’ itu dimainkan untuk juri di mahkamah minggu lalu, tetapi mereka tetap memutuskan bahawa tertuduh ‘tidak bersalah’.
Dalam video itu, Cook dilihat mengikut Colie ketika membawa pesanan makanan segera dan dia memegang telefon bimbit berhampiran muka penghantar makanan itu.
Colie meminta Cook supaya berhenti, sebanyak tiga kali tetapi Cook terus memainkan audio menerusi aplikasi di telefon bimbitnya.
Bimbang kejadian tidak diingini, Colie menolah telefon sebelum mencapai telefon dan menembak mangsa.
Cook kemudian melarikan diri dari pusat beli-belah itu sebelum rebah di luar kilang kek keju. Dia ditemukan oleh timbalan syerif di luar restoran dan dimasukkan ke hospital.
Tembakan itu menyebabkan kecederaan pada hati dan menyebabkan parut di perut mangsa.
Walaupun ditembak, Cook dilihat tidak menyesal dan tetap melakukan ‘prank’ kepada orang lain.
Baca juga: Nak berjimat? Ini resipi sos cili Thai yang anda boleh cuba, modal tak sampai RM5