Susah nak tanggalkan kerak pada kuali? Ini petua senang, rebus satu bahan ini sahaja dan rendam ia!

Oleh MAISARAH AISYA

Mesti ada mak-mak yang tak rajin nak bersihkan kuali setiap masa dan akhirnya ia bertukar menjadi hitam disebabkan kerak terlalu banyak.

Bila dah jadi macam tu, mesti sibuk cari petua nak pastikan ia bersih macam baru tapi tetap tak jumpa petua yang senang.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Nor Hayati Abd Rahman mengenai cara senang hilangkan kerak di kuali.

“Hari ni nak share sikit petua nak tanggalkan kerak kuali yang tebal, ni pun terbaca beberapa hari lepas sebab nak kilatkan kuali.

“Tapi yang ni menjadi menjadi sungguh.”

Cara mudah hilangkan kerak di kuali

Bahan bahan:

  • Kuali lebih besar (biar muat nak rendam kuali yang nak dicuci)
  • Asam keping
  • Berus dawai
  • Sabun mandi/ sabun kuning

Cara-cara:

1. Mula-mula panaskan air dengan asam keping sebanyak 8 keping.

2. Masukkan kuali yang nak dibuang kerak ke dalam kuali tersebut sampai air mendidih.

3. Biarkan ia sejuk dan boleh mula mengikis.

4. Kalau kerak tebal sangat boleh kikis sahaja dengan pisau, kerak tu dah lembut.

5. Kemudian boleh guna sabun mandi atau sabun kuning dan Samsung gosok dengan berus dawai.

6. Untuk bahagian telinga atau pemegang kuali tu, terbalikkan dan rendam ia dalam kuali tadi tadi kemudian keluar dan gosok semula.

Siap! Berkilat macam baru!

Baca juga: Pembekal serai kongsi rahsia pokok tumbuh ‘gemuk-gemuk’, rupanya kena pilih benih macam ini!

Taraaa skg kuali akak dah kilat⚡⚡⚡⚡

Selamat mencuba…👍👍👍