Syamsul belum balik rumah jumpa ibu mungkin sebab masih merajuk, Yusof Haslam titip pesanan sebagai bapa

Oleh KIM SYAZIE

Penerbit Datuk Yusof Haslam memberitahu bahawa Syamsul masih belum menemuinya dan isteri, biarpun setelah selesai kes penceraian anaknya dengan Puteri Sarah Liyana.

Kali terakhir dua beranak itu bertemu adalah pada 2022 iaitu ketika ibu mentua Yusof yang juga nenek Syamsul sakit.

Kata Yusof, 70, dia tidak berhubung dengan Syamsul dan terus berdoa agar anaknya itu akan terbuka hati untuk datang berjumpa keluarga.

“Dia (Syamsul) tidak berhubung dengan saya. Mungkin dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem yang difahamkan akanditayangkan hujung tahun ini.

“Tidak mengapalah dia tidak pulang. Sebagai orang tua saya harus berfikiran matang. Kalau anak bersikap sebegitu, saya takboleh buat perkara sama.

“Kita serahkan semuanya kepada Allah untuk menentukannya. Setiap kejadian yang dah berlaku kita tak boleh ubah,” katanya.

Baca Artikel Penuh