Syed Saddiq berjaya raih ‘undi’ orang ramai, gambar bersama Bella Astillah jadi punca!

Oleh WAN SITI AMINAH

Sekian lama tidak aktif di pentas politik, nama Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq kembali menjadi topik perbincangan hangat di kalangan pengguna media sosial.

Perkara ini berpunca daripada tindakan ahli politik itu memuat naik gambar bersama seorang pelakon sensasi yang berada di dalam proses penceraian iaitu Bella Astillah.

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Tik Tok itu, Syed Saddiq memberi kata-kata peransang buat pelakon terbabit agar kuat menghadapi dugaan rumah tangga.

Ahli politik berusia 32 tahun itu turut berharap agar Bella menemui ketenangan yang dicarinya selain mengucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke kediamannya.

“Tetap kuat Bella Astillah! Kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” tulis Syed Saddiq di dalam perkongsian itu.

Mengundang perbincangan hangat, perkongsian di laman TikTok itu berjaya mencuri tumpuan ramai hingga meraih jutaan tontonan daripada pengguna platfrom tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pelayar Tiktok membanjiri hantaran tersebut dengan usikan mengatakan dua personaliti itu sesuai sebagai pasangan.

Ramai juga individu berseloroh akan mengundi Syed Saddiq dalam pilihan raya akan datang sekiranya ahli politik berkenaan bersetuju menggantikan tempat suami Bella.

“YB (Yang Berhormat) jangan kasi lama, kalau perlu bantuan pasang kanopi panggil sahaja orang Sabah. Untuk katering panggil orang Selangor. Pokoknya seluruh negeri sedia membantu,” kata seorang pengguna.

“Abang kalau jadi (disatukan dengan Bella Astillah), saya pangkah (undi) abang,” Seloroh pengguna lain yang turut bersetuju sekiranya mereka berdua disatukan kelak.

Baca juga: Mendiang Ratu Elizabeth II makan pisang guna garfu bukan sebab dia kerabat, tapi kerana hal aneh ini

Baca Artikel Penuh