“Tahniah Jalal MB baru” – Shahidan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Ahli Parlimen Arau, Dato Seri Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Umno negeri Sembilan Jalaluddin Alias sebagai bakal Menteri Besar yang baru.

Perkara itu dikongsi oleh pemimpin PN di media sosialnya sebentar tadi.

“PN dijangka sokong Umno, harap Kerjasama seluruh negara, hidup Muafakat Nasional”, katanya di facebook.

Sebelum ini Ketua Penerangan Pas Fadhli Shaari memberi bayangan bahawa penyatuan kerajaan baru bersama Umno di Negeri Sembilan bakal berlaku.

Perkara itu ditulis sendiri oleh ahli parlimen Pasir mas itu media sosialnya.

“Tahniah UMNO Negeri Sembilan memulakan langkah penyatuan tolak PH!”

Pagi tadi, 14 adun Umno Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Dato Seri Aminuddin.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pemakluman rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri selepas selesai sidang media ini.