Tahniah, semua rakyat Terengganu umur 21 tahun telah mendapat tanah untuk tapak kediaman?

Oleh BORHAN AHMAD

Semua rakyat Terengganu, khasnya golongan muda patut bersyukur kerana kesemua mereka telah mendapat satu lot tapak rumah atau satu unit rumah kediaman selepas kerajaan negeri itu diperintah oleh Pas pada PRU – 14 lalu.

Mereka juga patut bersyukur kerana kerajaan negeri telah berjaya memberikan pekerjaan kepada mereka selepas berjaya menyediakan 20,000 peluang pekerjaan di negeri itu.

Ini berikutan ucapan tahniah yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Menteri Besar Terengganu kerana berjaya melaksanakan kesemua manifestonya.

“Tahniah saya ucapkan kepada Pas Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas kejayaan menunaikan semua manifesto yang telah dijanjikan pada PRU-14,” kata Hadi menerusi Facebook beliau.

Pas telah menyenarai 15 tawaran manifesto menjelang PRU-14 lalu.

Perkara nombor pertama yang dijanjikan adalah memastikan setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun memiliki 1 lot tapak rumah atau 1 unit rumah kediaman.

Baca Artikel Penuh