‘Tak ada rehat, nak solat je rehat’ – Warganet sayu lihat pakcik dah bongkok pun masih kerja

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila ekonomi sudah maju namun taraf hidup maish rendah maka banyaklah orang yang terpaksa buat dua kerja, siang di pejabat malam pula jadi penghantar makanan.

Apabila bertambah permintaan pengguna yang mahu membeli makanan dari rumah maka penghantar makanan juga tumbuh bak cendawan.

Seorang pengguna TikTok, @hazwanhfiz memuat naik video menunjukkan seorang lelaki yang jalan dengan badan bongkok sedang membuat penghantaran.

“Kesian dan pada masa yang sama cemburu dengan semangat pakcik Grabfood ni.

“Dalam bongkok-bongkok dia pun satu Kuala Lumpur dia pusing cari rezeki bulan puasa ni. Moga dipermudah segala urusan beliau,” ujarnya.

@hazwanhfiz

Kesian pada masa yang sama cemburu dengan semangat pakcik Grabfood ni. Dalam bongkok² dia pun satu KL dia pusing cari rezeki bulan puasa ni.. Moga dipermudah segala urusan beliau. Yang biasa duduk di Mont Kiara & Sri Hartamas mesti biasa jumpa pakcik ‘legend’ ni. #Grabfood #MontKiara #SriHartamas

♬ original sound – Jayhadee®️ – Jayhadee®️
Rata-rata warganet mendoakan agar urusan pakcik ini dipermudahkan malah ada ramai juga yang mahu menghulurkan bantuan.

“Tak ada rehat, nak solat je rehat. Semoga Aĺlah gantikan tempat rehat yang sangat indah suatu masa nanti,” komen Leya.

“Mont kiara ye. Macam mana nak jumpa pakcik ni? Saya ada nak bagi duit sikit, kebetulan site sekarang di Mont Kiara juga,” tambah pengguna TikTok.

Baca juga: Kenapa Arab Saudi dah nampak anak bulan tapi Malaysia tak? Ini jawapan paling tepat