Bagi pemilik kedai makan yang mempunyai ramai pelanggan, pastinya sudah biasa menerima pelbagai ulasan kerana selera manusia semuanya berbeza.
Sepatutnya ulasan buruk dijadikan sebagai pengajaran untuk memperbaiki kualiti makanan dan bukan sebaliknya.
Seorang pemilik kedai tular selepas memuat naik hantaran di Facebook selepas menerima ulasan buruk daripada pempengaruh media sosial.
“Seorang Tiktoker ni buat review (ulasan) dekat satu kedai ni. Malangnya review untuk kedai tu tak berapa okay.
“Tengoklah apa tuan kedai post dekat Facebook kedai dia. Korang tafsirlah sendiri. Wallahualam,” ujar pengguna Twitter, @cikgu_anep.
Dalam tangkap layar yang dikongsi, pemilik kedai tersebut memberitahu bahawa ada ‘bahan istimewa’ diberikan dalam hidangan kepada pelanggan yang tidak suka makanan mereka.
Lebih menggelikan, seorang pengguna turut akui ‘bahan istimewa’ tersebut adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh mana-mana pemilik kedai.
“Bahan ‘istimewa’ tersebut adalah ludahan air liur ke dalam air atau makanan sebelum dihidangkan kepada pelanggan.
“Banyak je restoran yang buat. Kalau ada pelanggan yang meroyan, makanan mereka akan kena ludah. Air liur berkahak, taik hidung, kuku kaki, taik telinga,” ujar komen tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut meninggalkan komen akan menyiasat kedai tersebut.
“KKM mengambil maklum dan akan menyusul dengan sewajarnya,” ujar KKM dalam ciapan di Twitter.
Baca juga: Bapa terpaksa naik bas sejauh 200km, bawa mayat anak dalam beg kerana tak mampu bayar ambulans RM439