Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida tidak terkesan mahupun cemburu dengan khabar baharu mengenai bekas kekasihnya yang dilapor mahu melamar Inspektor Sheila sebagai peneman hati.
Vida berkata, Sheila tidak setanding dirinya dan Iqbal tahu perkara itu.
“Dia tak akan jumpa orang sehebat saya. Sheila belum cukup miliki kriteria seperti saya….hanya Iqbal sahaja yang tahu kelebihan saya,” katanya memetik mStar baru-baru ini.
Vida juga mendakwa bekas kekasihnya itu hanya mahu menumpang populariti kerana namanya sekarang semakin ‘sendu’.
“Iqbal tu mat celah, asyik tumpang populariti orang. Dia dah sendu! Cuba berdiri atas kaki sendiri.
“Saya kenal Iqbal dan dan hubungan mereka tidak akan menjadi tapi saya harap dia tak mainkan hati mana-mana perempuan,” ujarnya.
Vida juga secara terbuka berkata dia sudah agak lama tidak bersua muka dengan Iqbal memandangkan masih ada perselisihan faham yang masih belum selesai.