Pastinya ramai pernah membeli minuman dari kedai Starbucks, harganya juga adalah lebih mahal jika mahu dibandingkan kopi biasa.
Air kopi tidaklah mahal sebenarnya namun segala tambahan seperti ‘topping’ itulah yang menyebabkan harganya tinggi.
Menerusi Facebook MMU Confession, pelajar tersebut meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa membayar RM44 untuk air minuman berserta segala tambahan.
“Saya tak faham bahasa Inggeris yang digunakan pekerja Starbuck, hanya faham anggukan sahaja. Menyesal,” ujarnya dalam bahasa Cina.
Difahamkan, pelajar itu memesan minuman Belgium Chocolate Frappuccino bersaiz venti yang berharga RM21.50.
Namun, tanpa disedari harga topping yang ditambah iaitu karamel, serbuk biskut, dan krim vanila sudah sama harga dengan air tersebut.
Pelajar itu juga dikenakan bayaran RM1 untuk penyedut minuman yang boleh diguna semula.
Selepas enam peratus cukai perkhidmatan, dia terpaksa mengeluarkan RM44.10 untuk minuman Starbucks di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Baca juga: Gelar bekas suami ‘arwah’, Rita Rudaini minta netizen henti sebut nama Aidil Zafuan