Tak faham isu tapi masih nak bahas, warganet berang Azman Ibrahim samakan wanita dengan barang jualan

Oleh KIM SYAZIE

Tindakan ahli Pas, Dr Azman Ibrahim menyamakan wanita dengan barang jualan menaikkan kemarahan orang ramai.

Azman sebelum ini menyentuh mengenai isu wanita yang dihalau kerana berseluar pendek ketika buat laporan polis mengenai kemalangan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini telah menulis ciapan yang menyentuh sensitiviti gender dengan menyamakan wanita dengan barangan jualan.

Menurutnya, dari sudut pemasaran, nilai sesebuah barang bergantung kepada cara pembungkusan dimana lebih baik ia dibungkus lebih bernilai harganya.

Azman seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu tidak bernilai dan palsu sekiranya tidak ‘dibungkus’.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat tindakan Azman ini tidak kena pada tempatnya.

Baca Artikel Penuh