Tak jadi lafaz cerai, ini sebenarnya yang Syamsul Yusof mahu dari Puteri Sarah

Oleh WAN SITI AMINAH

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof membatalkan niatnya untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Hal ini kerana, Puteri Sarah enggan menuruti kemahuan Syamsul yang meminta untuk menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar.

Pasangan itu juga gagal mencapai kata sepakat apabila Syamsul meminta diskaun sebanyak 30 peratus bagi kos nafkah anak-anaknya.

Sedangkan, jumlah nafkah tersebut dicadangkan sendiri oleh pengarah yang berusia 38 tahun itu ketika proses prosiding terdahulu.

“Syamsul yang letak jumlah tuntutan nafkah anak-anak. Hari ini tiba-tiba nak diskaun, saya tak akan berganjak. Demi anak-anak, saya sanggup berjuang.

“Dan untuk suruh saya gugur kes saman sivil ke atas keluarga Kazar, itu memang saya tidak akan buat sebab kes itu dan kes cerai adalah isu berbeza.

“Buat apa saya nak tarik saman terhadap Ira, sedangkan itu yang saya perjuangkan selama ini,” kesal Sarah kerana masih belum dilepaskan.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sebelum ini menetapkan tarikh hari ini (18 April) bagi prosiding lafaz cerai.

Peguam yang mewakili Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan prosiding diteruskan dengan laporan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei ini.

Baca juga: “Aku macam ehh, apa ni?” – Gadis luah rasa pelik solat terawih di Perlis