Tak jaga sensitiviti, ini 6 filem yang kena ‘gam’ di Malaysia

Oleh MAISARAH AISYA

Semakin banyak filem luar negara menembusi pasaran di Malaysia tak kurang juga buatan rakyat tempatan yang kini semakin gah.

Namun sehebat mana sekalipun filem dibuat, jika ia tidak melepasi tapisan dibuat negara ini maka filem tersebut akan disekat dari ditayangkan di Malaysia.

Lembaga Penapisan Negara adalah badan yang bertanggungjawab untuk menapis filem-filem yang bakal ditayangkan di Malaysia.

Ini adalah enam filem yang disekat daripada ditayang di Malaysia menurut artikel SosCili.my.

1 Zoolander (2001)


Filem komedi dari Amerika ini adalah mengenai watak peranan utama Derek Zoolander (Ben Stiller) yang tidak berpuas hati tempatnya sebagai Model Of The Year diambil oleh orang lain.

Derek kemudian menandatangani kontrak dengan pereka fesyen Jacobim Mugatu (Will Ferrell), di sini bermulalah sebab mengapa filem ini disekat di Malaysia.

Watak utama itu disuruh untuk membunuh Perdana Menteri Malaysia dengan alasan untuk menghentikan eksploitasi buruh kanak-kanak.

Walhal dari segi undang-undang, Malaysia ada Akta 1966 Buruh Kanak-Kanak yang tidak membenarkan kanak-kanak terutamanya berumur kurang 14 tahun daripada bekerja.

Sebab diharamkan: Mengikut BBC News, filem ni kena ban oleh LPF kerana ia menampilkan plot untuk membunuh Perdana Menteri kita.

2 Babe: Pig in the City, disekat sebab bunyi babe dan babi sama


Mengisahkan tentang Babe, seekor babi penuh bakat yang dibela oleh seorang peladang, Arthur Hoggett.

Selepas Arthur mengalami kemalangan di dalam perigi, isterinya Esme perlu mengambil alih tugasnya sebagai peladang.

Oleh sebab mereka ada masalah kewangan dan perlu selamatkan ladang mereka, Babe dan Esme pergi ke bandar untuk mengubah hidup mereka.

Sebab diharamkan: Menurut sumber yang ada, filem Babe pada mulanya dianggap menjijikkan kerana menggambarkan haiwan haram (haiwan najis bagi orang Islam) atau kerana tajuknya terlalu mirip dengan istilah slanga lucah.

3 The Exorcist (1973)

The Exorcist yang mengisahkan seorang gadis yang dirasuk roh jahat dan dibantu oleh pawang untuk mengeluarkan syaitan di dalam tubuhnya.

Sebab diharamkan: Disekat kerana keganasan dan kekejaman yang melampau.

4 Muallaf (2008)

Muallaf mengisahkan dua adik beradik perempuan, Rohani (Sharifah Amani) dan Rohana (Sharifah Aleysha) yang merupakan anak orang kaya namun sering di dera oleh ayah sendiri.

Mereka akhirnya mencari tempat perlindungan di bandar dan bertemu Brian (Brian Yap), seorang guru sekolah Katolik, yang merasa terpanggil untuk menolong mereka.

Sebab diharamkan: Mengandungi topik berat mengenai agama, filem itu pada mulanya diharamkan oleh pihak berkuasa pada 2008 kerana beberapa elemen dalam filem itu yang dianggap “menyinggung perasaan”

Dalam filem ini juga, Sharifah Amani mencukur kepalanya sampai botak. Mufti Selangor mengkritik perlakuan ini kerana mengatakan bahawa haram bagi wanita Islam untuk membotakkan kepala mereka.

5 Dukun (2007)

Siapa sahaja tidak ingat akan filem ini selepas kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Adun Pahang, Datuk Mazlan Idrin yang berlaku pada tahun 1993.

Sehingga kini nama Mona Fandey diingati sebagai seorang dukun malah kisah seramnya dalam penjara juga sering tular walaupun tiada bukti yang sahih.

Sebab diharamkan: Filem ni sepatutnya ditayangkan 10 tahun lalu, tapi ianya sangat sensitif sebab ia melibatkan ahli politik UMNO dan pada masa yang sama mendapat tentangan daripada keluarga tertuduh.

Akhirnya filem ini diharamkan dan tak pernah ditayangkan kerana dikatakan mengundang kontroversi dan menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

6 The Wolf of Wall Street (2013)

The Wolf of Wall Street ialah sebuah filem biografi tentang Jordan Belfort, seorang broker saham di New York City, dan bagaimana firmanya Stratton Oakmont terlibat dalam rasuah dan penipuan di Wall Street yang akhirnya membawa kepada kejatuhannya.

Sebab diharamkan: Diharamkan kerana adegan seks, penyalahgunaan dadah dan bahasa yang menyinggung perasaan.

Bukan hanya di Malaysia, filem ini juga banyak dipotong babak dan ditapis di kebanyakan negara di Asia.

Selain tu juga, terlalu banyak kontroversi yang mengaitkan filem ni dengan Riza Aziz, iaitu anak tiri Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak sebagai salah seorang penerbit yang banyak menyumbang dana dalam pembikinan filem.

Filem ni bukan saja dapat kecaman hebat pasal kelucahan melampau, tapi sebab penggunaan duit yang dipercayai duit dari 1MDB.

Sebenarnya ada banyak lagi filem yang ditapis di Malaysia, kebanyakan adalah kerana adegan yang tidak sesuai untuk norma kehidupan di sini.

Baca juga: Kenakan bayaran RM3800, syarikat dikecam tawar servis kebumi kucing ‘cara islam’