Sering dikenali kerana memakai baju berharga ratusan ribu, pengasas Bawal Ekslusif Haliza Maysuri tampil menarik perhatian netizen dengan tempahan kain kafan.
Menerusi media sosial, Haliza menempah kain tersebut khas daripada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.
Set kit kafan AkhiRI itu dianggarkan berharga RM999, lengkap dengan segala keperluan buat jenazah.
“Selalu saya tempah busana dunia harga ratusan ribu, selalu dikecam. Mati nanti pakai kain kapan je. Hari ini, saya tempah pakaian alam kubur jenama Rizalman Ibrahim.
“Pakaian dunia saya berjenama, akhirat pun kenalah yang terbaik, dan berjenama. Barulah seimbang dunia dan akhirat.
“Yang sibuk mengira dosa orang, dah tempah ke kain kapan untuk bawa mati?” soalnya di Threads.
Kongsinya, dia sebolehnya tidak mahu menggunakan kain kafan biasa kerana mahu mengimbangkan pakaian di dunia dan di akhirat.
“Ini wasiat ya kalau saya mati, saya tak nak kain kafan biasa, saya nak kafan ini. Sebagaimana baju saya di dunia ni, begitulah juga jenama pakaian mati saya.
“Material kain, kualiti elok dari Pakistan, packaging pun dah mahal,” kongsinya sambil ‘unboxing’ kit kafan.
Baca juga: Aprena Manrose maafkan semua kecaman, ulas isu tak berhijab – “Hanya Allah boleh hukum”