Tak mahu keluar kereta lepas langgar ibu hamil, siap maki hamun orang lain lagi

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila berlaku kemalangan dan ia adalah kesalahan daripada pihak anda, maka langkah terbaik adalah untuk keluar bagi melihat keadaan pihak lawan.

Seorang wanita dari negara jiran tular kerana enggan turun selepas melanggar ibu yang sedang hamil.

Bukan setakat tak mahu turun sahaja, wanita itu juga marah dan memaki hamun orang awam walhal ia adalah salahnnya sendiri.

Rakaman itu menunjukkan tukang rakam meminta wanita tersebut untuk turun dari kenderaan namun dibalas dengan nada garang.

“Ibu turun dulu, etika (sikap) baik tunjukkan,” kata pemilik video dengan nada biasa.

“Kau jangan kasar-kasar sama aku,” ujar wanita tersebut dengan meninggikan suaranya.

Tidak hanya perakam, orang awam yang ada di tempat kejadian juga menggesanya untuk turun namun dia memberi alasan bahawa dia tidak sedar sudah terlanggar wanita hamil.

“Lho ibu tabrak (langgar) saya lho bu dari belakang,” kata mangsa.

Dapat dilihat juga ada orang awam yang cuba mencabut kunci kereta wanita tersebut dan jelas raut wajahnya tidak senang.

Menurut Suara.com, kejadian ini dikatakan berlaku di Pekanbaru, Riau, Indonesia dan ia mengundang kemarahan netizen.

Baca juga: Tertinggi dalam sejarah, bidaan nombor plat ‘FF’ mencecah RM34.2 juta!